Dalam
sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu
sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit
yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit
ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah
al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa
akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada
Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,
sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api
dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T
berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh
kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud
kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai
saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat
mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang
mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali
kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia
tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas
keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada
asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan.
Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti
daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan
kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang
permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam,
kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring
babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah
itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi
dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan
cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana
dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga
pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak
menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas
tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?"
Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah
diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku
dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata
lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah
lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka
adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata
iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang
bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan
yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka
mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada
anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara
mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama
dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu
dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara
mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada
disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah
orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan
kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan
kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah
kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan."
Sumber: http://pribadimanfaat.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar